Monthly Archives: December 2010

Kisah Jutawan In The Making (Great Eastern and Public Gold)

1289534409

 

 

 

 

Entri kali ini ditulis khas untuk dua orang sahabatku yang telah menempa nama dan kejayaan dalam bidang masing-masing:

1) Maman Solleh (www.mamansolleh.com)

Seorang perunding insurans/takaful Great Eastern yang berjaya dalam requirement tahun pertama untuk menjadi Unit Sales Manager pada 2012 nanti.

2) Helmi Ismail (pelaburansaya.blogspot.com)

Pemilik bisnes online www.tomeykids.com yang kini telah berjaya bergelar Dealer Public Gold bagi urusan jual beli jongkong/syiling/dinar emas fizikal keluaran Public Gold.

Secara peribadi, saya menumpang bangga atas kejayaan mereka. Walaupun kejayaan ini difikir oleh sebahagian orang lain sebagai kejayaan kecil, tapi bagi pemikiran seorang JUTAWAN IN-THE-MAKING, ia adalah sebuah kejayaan yang besar. Semoga mereka akan terus hebat dan mantap pada masa depan.

p/s: Sesiapa yang berminat nak jadi Agen Insurans/Takaful GE atau membeli polisi Insurans/Takaful GE boleh berhubung dengan Maman Solleh (www.mamansolleh.com) dan sesiapa yang berminat nak beli emas keluaran Public Gold boleh hubungi saya (ww.MagnetEmas.com) atau Helmi Ismail (pelaburansaya.blogspot.com).

Produk Baru PG

250g-gold-bar

 

 

 

 

250g gold bullion bar (Cold Cast Bar) is now available for booking.

Metal : Au
Weight (g) : 250
Size (WxL,mm) : 34 x 70
Thickness (mm) : 5
Purity : 999.9

 

Berminat?

Boleh hubungi admin@magnetemas.com .

Dr Mahathir Galak Rakyat Jadikan Emas Sebagai Simpanan

Emas-PG-1

 

 

 

 

 

KUALA LUMPUR, 15 Dis (Bernama) — Tun Dr Mahathir Mohamad menggesa orang ramai cuba menyimpan emas sebagai simpanan mereka berbanding mata wang kerana nilai emas lebih terjamin dan sukar untuk jatuh dengan nilai besar.

Bekas Perdana Menteri itu berkata nilai mata wang tidak terjamin kerana ia bergantung kepada pasaran tukaran mata wang dunia yang sentiasa berubah-ubah.

Menurut beliau, ada kalanya nilai mata wang akan jatuh dengan teruk apabila berlaku sesuatu krisis kewangan di sesebuah negara.

"Mata wang hanyalah sehelai kertas yang digunakan untuk mewakili nilai tertentu tetapi bukan nilai sebenar namun emas boleh mewakili nilai sebenar kerana ia sebuah logam berharga di seluruh dunia,"

"Simpanan emas juga lebih terjamin jika ingin menjualnya kerana harganya sentiasa meningkat dan ia boleh membantu orang ramai menghadapi inflasi," katanya kepada pemberita selepas melancarkan produk emas Geneva Malaysia di sini malam ini.

Produk emas itu terdiri daripada jongkong pelbagai berat dihasilkan oleh Persatuan Persahabatan Malaysia-Arab Saudi (MSAF) dan Persatuan Usahawan Jongkong Emas Malaysia (GBEAM) yang dikeluarkan untuk memenuhi keperluan syariah.

MSAF dan GBEAM menyasarkan syarikat swasta dan orang ramai untuk mendapatkan produk berkenaan sebagai urusan dalam pelbagai transaksi terutamanya jualan dan belian.

Dr Mahathir berkata satu ketika dahulu, satu auns emas bernilai RM109.79 tetapi kini satu auns emas bernilai kira-kira RM4390.40.

Beliau berkata orang ramai boleh menyimpan emas dalam bentuk barang kemas yang mudah didapati di seluruh negara dan ia mampu untuk dimiliki.

 

– BERNAMA