Monthly Archives: September 2010

Harga Emas Melonjak Naik!

Mulai 28 September 2010 jam 10.40 mlm, harga emas dunia melonjak naik menjadi US$1305.80/toz.

Harga emas akan naik dari hari ke hari. Marilah kita sama-sama menyimpan emas sebagai bentuk simpanan generasi baru.

Jom join Magnet Emas.

Selamat Menyambut Hari Malaysia

MalaysiaStub
 
 
 
 
- 16 September 1963 -

Selamat Menyambut

Hari Malaysia

 

 

Semoga Malaysia akan terus

dirahmati Allah SWT

Dengan ingatan tulus ikhlas,
MAGNET EMAS

————–

Sesiapa yang ingin memilik emas fizikal keluaran Public Gold
boleh hubungi Magnet Emas.

Salam Aidilfitri

Hari Raya

 

 

 

 

SALAM AIDIL FITRI

MAAF ZAHIR DAN BATIN


Dengan Ingatan Tulus Ikhlas
Daripada

Kelebihan Ar-Rahnu Berbanding Pajak Gadai Konvensional

SENARIO SEMASA

Antara Senario masa kini yang wujud di dalam penawaran perkhidmatan kewangan (pinjaman mikro kredit) di negara ini:

  • Terdapat banyak perkhidmatan yang tidak selaras dengan undang-undang dan bercanggah dengan akhlak Islam sedang memenuhi jurang penawaran perkhidmatan kewangan kepada masyarakat dalam kelompok berpendapatan rendah.
  • Terdapat bilangan yang agak substantial mendapatkan perkhidmatan yang illegal bagi tujuan yang dianggap produktif terutamanya bagi keperluan perniagaan. Keadaan ini wujud di sebabkan oleh masih terdapat jurang yang agak ketara di antara penawaran perkhidmatan kewangan (khususnya secara Islam).
  • Pada umumnya skim-skim pinjaman yang illegal  ini mengenakan caj yang terlalu tinggi, berlaku manipulasi dalam urusan emas dan terdapat kes immoral.

KELEBIHAN AR-RAHNU

Antara kelebihan Ar-Rahnu berbanding Pajak Gadai Konvensional ialah:

  1. Tidak Mengenakan Kadar Faedah (Unsur Riba)
    Perbezaan utama antara Ar-Rahn dan Pajak Gadai Konvensional adalah pada perjanjian pinjaman yang dikaitkan dengan sesuatu ganjaran dan bukan pada gadaian itu sendiri. Dalam perjanjian Ar-Rahn, pinjaman yang diberi tidak dikenakan faedah (interest) iaitu riba di mana riba diharamkan oleh Islam, berbanding Pajak Gadai Konvensional yang menjadikan faedah sebagai sumber hasil kepada pemberi pinjaman dan ianya diharamkan oleh Islam.
  2. Nilai Gadaian Tidak Merosot
    Nilai gadaian bagi barang yang ingin ditebus semula tidak merosot dan tidak berubah serta tidak berlaku penyelewengan. Tidak berlaku sebarang masalah di mana barang kemas seperti rantai emas apabila ditebus didapati kurang berat atau pendek sedikit daripada sebelum digadai.
  3. Wang Lebih Gadaian Dipulangkan
    Sekiranya pemberi gadaian tidak berkemampuan membayar balik hutang yang ditanggungnya apabila tamat tempoh perjanjian, pemberi gadaian akan diberitahu atau dimaklumkan tentang barang gadaian yang terpaksa dijual. Sekiranya harga jualan melebihi baki hutangnya, lebihan tersebut akan dikembalikan. Ini berlaku kerana nilai pinjaman adalah jauh lebih rendah dari nilai barang gadaian.
  4. Barang Kemas Yang Disimpan Selamat
    Semua barang kemas yang disimpan dalam skim tersebut adalah selamat. Di mana, penerima gadaian akan menjamin pemeliharaan dan bertanggungjawab ke atas barangan kemas yang diberi oleh pemberi gadaian. Dengan ini, pemberi gadaian tidak perlu risau dengan masalah pemeliharaan dan penjagaan barang kemas mereka sepanjang ia berada di pihak penerima gadaian.
  5. Caj perkhidmatan Yang Rendah
    Ar-Rahn menawarkan caj perkhidmatan yang rendah. Semua pengurusan di Ar-Rahn melibatkan kos dan risiko yang rendah jika dibandingkan dengan Pajak Gadai Konvensional. Pajak Gadai Konvisional menawarkan caj perkhidmatan yang tinggi dan ada juga sebilangan pemegang atau tauke Pajak Gadai Konvensional yang menerima atau meminta wang pendahuluan dari penggadai walaupun akta melarang kegiatan tersebut.
  6. Tiada Unsur Penipuan Semasa Membuat Timbangan.
    Pemberi gadaian juga tidak perlu risau dengan penipuan-penipuan yang sering berlaku semasa timbangan dibuat. Ini kerana, dalam Ar-Rahnu tidak akan berlaku sebarang unsur penipuan semasa timbangan dibuat dan nilai timbangan yang jelas akan ditunjukkan kepada pemberi gadaian.
  7. Tempoh Membayar Balik Yang Munasabah
    Ar-Rahnu juga merupakan sebuah Pajak Gadai Islam yang boleh bertolak ansur dengan pelanggannnya berkaitan dengan tempoh membayar balik wang pinjaman yang telah dipinjam. Tempoh membayar balik yang dikenakan adalah munasabah dan boleh diterima pakai oleh semua pihak. Tidak seperti sesetengah Pajak Gadai Konvensional yang kadangkala meminta wang tambahan daripada pemberi gadaian sekiranya pemberi gadaian ingin melanjutkan tempoh pembayaran balik pinjaman mereka.
  8. Pemberian Notis Kepada Penggadai Tentang Upacara Lelongan
    Pihak penerima gadaian akan memberi notis kepada pihak penggadai sekiranya barang gadaian mereka hendak dilelongkan dan tempoh masa membayar balik untuk mereka telah habis. Dengan ini pihak pemberi gadaian akan mengetahui bahawa tempoh masa membayar balik yang diperuntukkan untuk mereka telah habis dan barang gadaian mereka akan dilelongkan.
  9. Memberi Nilai Gadaian Yang Sepatutnya
    Perkara ini sering berlaku dalam Pajak Gadai Konvensional. Ia berlaku kerana Akta Pemegang Pajak Gadai tidak menetapkan nilai tara atau kriteria untuk menilai gadaian berkenaan. Dalam Ar-Rahnu, penerima gadaian akan memberi nilai gadaian yang sepatutnya dengan barang gadaian yang digadai oleh penggadai.
Sumber: http://www.arrahnu.org/

Jualan dinar, dirham laris

KUALA LUMPUR – Sejumlah RM1.5 juta dinar emas dan RM500,000 wang dirham yang diperkenalkan Kerajaan Pas Kelantan sebagai alternatif kepada mata wang sedia ada habis dijual dalam tempoh tiga minggu sejak dilancarkan 12 Ogos lalu.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kelantan Golden Trade Sdn Bhd (KGT), Profesor Dr Umar Ibrahim Vadillo berkata, negeri Kelantan menunjukkan perkembangan paling pantas penjualan mata wang dinar dan dirham sejak diperkenalkan di negeri itu.

“Orang ramai diminta menunggu sehingga selepas musim perayaan Aidilfitri bagi mendapatkan dinar emas Kelantan dan menghubungi pihak KGT kerana ia adalah satu-satunya agensi yang bertanggungjawab bagi penjualan mata wang ini.

“Bagi mengelak berlaku sebarang kekeliruan, orang ramai dinasihatkan tidak menghubungi lain-lain jabatan kerajaan seperti Pejabat Menteri Besar atau Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) bagi tujuan mendapatkan dinar emas dan dirham ini,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Menurutnya, Kerajaan Kelantan telah melipatgandakan modal operasi KGT daripada RM2 juta kepada RM4 juta untuk meningkatkan jumlah pengeluaran mata wang ini.

“Kami telah menyediakan penambahan syarikat pengeluaran dinar dan dirham di sini iaitu melalui syarikat Public Gold Sdn Bhd yang terletak di Penang.

“Dari segi edaran pula, kami juga telah menambah jumlah ejen untuk mengedarkan mata wang ini daripada dua buah iaitu Permodalan Kelantan Berhad (PKB) Ar-Rahn (Kota Baharu) dan Nubex (Kuala Lumpur) kepada enam buah lagi yang akan dikenal pasti,” katanya.

Sumber: www.sinarharian.com.my

Promosi Dealer PG

PG menawarkan promosi kepada bakal-bakal dealer baru dengan pembelian hanya RM20k SAHAJA pelbagai produk PG berbanding RM40k untuk jadi normal dealer sebelum ini. Jom join Magnet Emas sebagai dealer PG.

Apakah itu Ar-Rahnu?

DEFINISI AR-RAHNU
Definisi dari sudut syarak:

Ar-Rahnu dari sudut syarak merujuk kepada satu barang yang berharga dijadikan sebagai sandaran yang terikat dengan hutang bercagar yang boleh dibayar dengannya sekiranya hutang tersebut tidak dapat dijelaskan.

Definisi dari sudut bahasa:

Ar-Rahnu dari sudut bahasa bermakna mantap dan berkekalan. Misalnya, keadaan yang mantap ataupun ia bermakna tahanan, seperti firman Allah S.W.T. yang bermaksud:

“Tiap-tiap diri terikat, tidak terlepas daripada (balasan buruk bagi amal jahat) yang dikerjakannya………….”

(Surah al-Muddaththir 74:38)

PENGERTIAN , HUKUM DAN RUKUN AR-RAHNU
  • PENGERTIAN

Ahmad Azhar Basyir – mentakrifkan Ar-Rahnu sebagai “menjadikan suatu benda yang bernilai menurut pandangan syara” sebagai tanggungan hutang dengan adanya benda yang menjadi tanggungan itu seluruh atau sebahagian hutang dapat diterima”

H.M Arsjad Thalib Lubis – mentakrifkan Ar-Rahnu sebagai “menjadi suatu barang yang berupa harta dan ada harganya jadi jaminan hutang dan ia akan dijadikan pembayarannya jika hutang itu tidak dapat dibayar”

Abdul Rahman Al-Jaziri – menerangkan bahawa Ar-Rahnu menurut syara’ bererti ” menjadikan barang yang ada harganya menurut pandangan syara’ sebagai jaminan kepercayaan hutang piutang. Dalam erti seluruh hutang atau sebahagiannya dapat diambil, sebab sudah ada barang jaminan tersebut.

Kesimpulannya – Ar-Rahnu boleh ditakrifkan sebagai keadaan di mana penghutang atau penerima pinjaman menyandarkan barangan kepunyaan sebagai jaminan kepada hutang atau pinjaman yang diterima daripada pemiutang atau pemberi pinjaman

  • HUKUM

Firman Allah SWT - “Dan jika kamu sedang dalam perjalanan (lalu kamu berhutang) dan tiada memperolehi penulis, maka boleh diserahkan sahaja jaminan yang dapat dipegang
(Al-Baqarah : ayat 283)

Dalam sebuah Hadis - “Bahawasanya Nabi saw menggadaikan (Rahn) diran (baju besi) kepada seorang Yahudi yang bernama Abusy Syahmi atas pinjamannya sebanyah 30 sha gandum untuk keluarganya.”
(Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Dalam sebuah Hadis - “Dari Aisyah r.a yang bermaksud Nabi s.a.w  pernah membeli makanan dari seorang yahudi dengan harga yang dihutang.  Sebagai tanggungan atas hutangnya itu Nabi s.a.w menyerahkan baju besinya”
(Riwayat Al-Bukhari)

Dalam sebuah Hadis - “Dari Ibnu ‘Abbas r.a. yang bermaksud ketika Nabi s.a.w. wafat, baju besinya masih dalam keadaan menjadi tanggungan hutang 20 sha’ (+ 50 kg) bahan makanan yang dibelinya untuk nafkah keluarganya”
(Riwayat Tirmidzi)

  • RUKUN

Hukum Ar-Rahnu mengandungi 5 perkara:

  1. Penggadai atau orang yang menggadai; iaitu orang yang berhutang

  2. Penerima gadaian atau pemegang gadai; iaitu pihak yang memberi pinjaman

  3. barang gadaian; iaitu barang yang berharga yang dipunyai dan dalam kawalan penerima pinjaman

  4. Tanggungan gadaian; iaitu jumlah yang berhutang

  5. Sighah atau perjanjian; iaitu perjanjian berkaitan pinjaman/ hutang dan gadaian

Sumber: http://www.arrahnu.org/

Perkongsian Ilmu Emas: Jutawanemas.com

Salam Sejahtera semua. En Syukor Hashim, admin Jutawanemas.com berkongsi satu lagi ILMU EMAS dengan kita semua mengenai:

Persiapan Minda Sebelum Memulakan Pelaburan Emas dan 3 Pelan Tindakan.

Perkongsian ilmu ini beliau petik daripada salah satu topik dalam eBook beliau iaitu Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas Edisi 2010.


Sila rujuk di sini.

Sumber: www.jutawanemas.com


50 Fakta Menarik Tentang Emas

Fakta-Fakta Menarik Tentang Emas:-
1. Emas adalah wang, duit dan harta dari Zaman Manusia mula menemui emas.
2. Emas adalah salah satu unsur kimia dengan simbol Au (Aurum)
3. Nombor atom untuk emas adalah 79
4. Emas telah dijadikan sebagai syiling,barang kemas,hiasan sejak zaman dahulu kala lagi apabila tamadun manusia mula pandai merekod.

5. Emas diperolehi dari kerak bumi dalam bentuk butiran, urat batuan dan mendapan aluvial

6. Sifat fizikal emas adalah berkilat,lembut dan padat.
7. Emas adalah logam paling lembut di Muka Bumi
8. Emas adalah logam yang paling mudah ditempa di dunia.
9. Emas berwarna kuning berkilau dan tidak teroksida walaupun didalam air
10. Emas digunakan sebagai logam untuk matawang. Ia adalah simbol kemewahan  dan simpanan kekayaan individu.


11. Emas dikaitkan dengan semua ideologi, agama dan simbol samada Islam, hindu ataupun aties.
12. Dikatakan sebanyak 161,000 ton (161juta kilogram) emas telah digali dari muka bumi.
13. Didalam era industri moden, emas digunakan sebagai konduktor didalam mesin elektronik, penebat luar satelit dan industri kesihatan seperti pergigian.
14. Emas tidak berkarat dan merupakan konduktor elektrik terbaik.
15. Emas adalah logam peralihan.
16. Emas adalah unsur paling pasif dan sangat kurang bertindak balas dengan unsur lain.
17. Emas satu-satunya unsur yang tidak larut didalam Asid Nitrik. Logam-logam lain seperti Silver (Si) dan logam lain bertindak balas dengan Asid Nitrik.
18. Asid Nitrik adalah larutan utama digunakan untuk menentukan ketulenan emas.

19. Pada tahun 2008, China telah memintas Afrika Selatan sebagai pengeluar terbesar emas didunia. Ini kali pertama berlaku sejak Afrika Selatan mula mengeluarkan emas pada tahun 1905.
20. Dalam sejarah manusia, 161,000 ton emas yang telah digali dapat mengisi  hanya dapat mengisi 2 kolam    saiz olimpik.
21. 1 Ounce (31.3grams) emas jika ditempa akan menjadi kepingan halus seluas 300 kaki persegi (3300meter persegi) ~(57m x 57m)
22. Emas tulen boleh ditempa sehalus mungkin sehingga menjadi hampir transparent.
23. Emas boleh dijadikan aloi bersama logam-logam yang lain.(perak,kuprum)
24. Aloi yang dihasilkan dari emas boleh mengubah:-
  • Kekerasan
  • Kekuatan
  • Sifat kelogaman(metallugical)
  • Suhu lebur
  • Perubahan warna sesuatu kualiti emas.
25. Emas digunakan didalam industri moden sebagai konduktor haba dan elektrik.

26. Emas memantulkan dengan kuat sinaran Infra-red
27. Emas tidak bertindakbalas dengan udara,kelembapan dan agen hakisan yang kuat
28. Ion emas sentiasa mengalami proses penurunan dan mendapan:-
  • Hasilnya adalah logam emas padu.
29. Emas tulen 24 Karat tidak mempunyai rasa dan bau.
30. Emas sangat tumpat:-
  • 1 meter padu emas adalah seberat 19,300kg
31. Warna emas tulen adalah kuning metalik.

32. Hanya Emas,Cesium dan tembaga adalah unsur logam yang tidak berwarna putih ataupun kelabu (Cesium, 55)
33. Emas mempunyai tindak balas berlainan bergantung kepada kesan relativistic yang berlaku pada satu atom pada orbital atomnya (79 – 2.8.18.18.32.1)
34. Aloi emas berwarna merah rose boleh dihasilkan dengan campuran beberapa komposisi copper (tembaga) dan Silver (perak)

35. Emas hanya mempunyai 1 bentuk isotop sahaja dalam bentuk semulajadinya.
36. Emas digunakan secara meluas di seluruh dunia sebagai tambatan matawang. Jumlah emas yang disimpan bank negara = wang yang dicetak

37. Jumlah emas didalam dunia adalah terhad dan pengeluarannya tidak lagi memberi kesan kepada   ekonomi dunia.
38. Pada hari ini, pengeluaran emas semakin berkurang.
39. Pada kurun ke-20, simpanan emas dunia dan pasaran urusniaganya semakin kecil dan kadar nilaiannya adalah tetap.
40. Ketika bermulanya perang dunia pertama, negara-negara yang terlibat dalam perang kembali menggunakan emas untuk membiayai kempen peperangan masing-masing.
41. Selepas perang dunia kedua, emas digantikan dengan tukaran matawang kertas mengikut kaedah Bretton Woods.

42. Nilai standard emas dan nilai tukaran terus kepada nilai matawang  telah dihentikan dan kini ia digantikan dengan nilai tukaran tetap.
43. Switzerland adalah negara terakhir yang menambat matawang mereka (sebanyak 40%) pada nilai emas selepas menganggotai Tabung Kewangan Dunia (IMF) pada tahun 1999
44. Emas tulen adalah sangat lembut untuk digunakan seharian dan biasanya ia dialoikan dengan logam lain untuk menjadikan ia lebih keras.
45. Kandungan emas didalam aloi diukur menggunkan unit Karat (k)
46. Emas tulen diukur sebagai 24karat(k)
47. Syiling emas yang dikeluarkan sejak tahun 1526 sehingga 1930 adalah dalam bentuk emas 22karat (916).

48. Emas untuk pelaburan tidak memerlukan sifat mekanikal seperti keras, kuat untuk dipakai jadi ianya biasa dibentuk kepada emas 24karat.
49. Syiling emas yang dikeluarkan oleh negara tertentu seperti American Gold Eagle, British Gold Sovereign dan South Africa Krugerran adalah dalam bentuk 22 Karat.
50. Emas paling tulen didunia dikeluarkan oleh Canada dalam bentuk Canadian Gold Maple Leaf dengan ketulenan 99.999% emas.

Sumber: http://www.bulliondinar.com/