Featured-Images-ME-HargaEmas

Harga Emas Dunia Dijangka Meningkat

Tweet Seorang penjual di sebuah kedai emas di Tokyo menunjukkan kepingan emas yang menyaksikan harganya semakin meningkat di pasaran dunia. – AFP   KUALA LUMPUR 3 Feb. – Harga emas dunia dijangka meningkat mencecah AS$1,975 (RM5,925) seaun pada suku keempat tahun ini berikutan sentimen yang positif, kata Ketua Strategi Pelaburan Standard Chartered Bank, Steve Brice

More »

Featured-Images-ME-HargaEmas

Harga Emas Lepasi Paras AS$1,800 Seaun

Tweet        NEW YORK 11 Ogos – Harga emas dunia melepasi paras AS$1,800 (RM5,400) seaun semalam buat pertama kalinya selepas pelabur menarik keluar pelaburan mereka bagi membeli kontrak komoditi itu. Emas menjadi kegemaran pelabur bagi berhadapan dengan keadaan pasaran yang tidak menentu pada masa ini. Sementara itu, di awal dagangan pasaran emas Asia,

More »

Featured-Images-ME-HargaEmas

Harga Emas: Naik Naik Naik

Tweet        Harga emas naik lagi. Apa yang patut kita buat sekarang? Just compare Harga Emas Public Gold di bawah bagi harga pada 28 September 2010 dan 3 Mei 2011. Dalam masa 7 bulan, harga jualan 1 Dinar Emas PG naik dari RM 610.00 kepada RM 711.00 iaitu peningkatan sebanyak RM 101.00 atau

More »

Harga Emas Dunia Dijangka Meningkat

Featured-Images-ME-HargaEmas








Seorang penjual di sebuah kedai emas di Tokyo menunjukkan kepingan emas yang menyaksikan harganya semakin meningkat di pasaran dunia. – AFP

 

KUALA LUMPUR 3 Feb. – Harga emas dunia dijangka meningkat mencecah AS$1,975 (RM5,925) seaun pada suku keempat tahun ini berikutan sentimen yang positif, kata Ketua Strategi Pelaburan Standard Chartered Bank, Steve Brice hari ini.

Harga emas ditutup pada AS$$1,756.80 (RM5,268) seaun hari ini.

Beliau berkata, kenaikan itu didorong oleh beberapa faktor termasuk paras hutang yang tinggi di Amerika Syarikat, bekalannya yang terhad dan peningkatan permintaan daripada China dan India.

Brice berkata, emas merupakan pelaburan yang sangat baik kerana ia menawarkan kepelbagaian selain memberi pulangan yang menguntungkan.

Malah iklim ekonomi yang tidak menentu ketika ini, turut menekan harga komoditi itu untuk melonjak berikutan permintaan yang tinggi, kata beliau lagi.

Brice berkata demikian ketika taklimat media tentang Tinjauan Masa Hadapan Suku Pertama 2012 Standard Chartered di sini hari ini.

Beliau menjelaskan permintaan yang tinggi juga datang dari negara-negara seperti India dan China tetapi juga bank-bank pusat yang ingin meningkatkan simpanan emas sebagai pelindung inflasi.

Menurut Brice, bekalan yang terhad di sebalik permintaan yang semakin bertambah turut mendorong peningkatan harga emas menjelang hujung tahun ini.

Sementara itu, beliau juga meramalkan Ringgit mengukuh sehingga RM3.00 berbanding AS$1 sekiranya Amerika Syarikat melaksanakan pakej rangsangan ekonomi yang ketiga (third qualitative easing) pada separuh kedua tahun ini.

Katanya, sekiranya pakej rangsangan tersebut dilaksanakan ia bakal mendorong pembelian risiko (risk buying) oleh pelabur seperti mana yang telah berlaku semasa pakej-pakej terdahulu dilaksanakan.

Brice juga menjangkakan Bank Negara Malaysia akan menurunkan kadar faedah sebanyak 25 mata asas pada suku pertama dan 25 mata asas lagi pada suku kedua tahun ini bagi terus merangsang pertumbuhan domestik.

Harga Emas Lepasi Paras AS$1,800 Seaun

Featured-Images-ME-HargaEmas

 

 

 

 

NEW YORK 11 Ogos – Harga emas dunia melepasi paras AS$1,800 (RM5,400) seaun semalam buat pertama kalinya selepas pelabur menarik keluar pelaburan mereka bagi membeli kontrak komoditi itu.

Emas menjadi kegemaran pelabur bagi berhadapan dengan keadaan pasaran yang tidak menentu pada masa ini.

Sementara itu, di awal dagangan pasaran emas Asia, komoditi tersebut melonjak ke paras tertinggi AS$1,814.50 (RM5,443.50) hingga AS$1,815.50 (RM5,446.50) seaun.

Rekod itu dicatatkan selepas pasaran ekuiti Asia menjunam pada dagangan awal, dengan Tokyo kerugian sehingga dua peratus, Seoul pula jatuh sebanyak empat peratus dan Sydney didagangkan 1.5 peratus lebih rendah.

Para pelabur telah dikejutkan dengan kemungkinan penurunan taraf kredit Perancis yang berada dalam keadaan terumbang-ambing selepas penarafan kredit Amerika Syarikat (AS) diturunkan untuk pertama kalinya.

Khabar angin tentang penurunan taraf kredit Perancis itu timbul ekoran masalah yang dihadapi oleh beberapa bank di negara itu dan menguatkan lagi kebimbangan krisis hutang zon Eropah yang telah merebak.

Pelabur-pelabur bimbang bahawa Itali dan Sepanyol akan menjadi negara seterusnya yang tidak mampu membayar hutang mereka.

Sistem kewangan Eropah berada dalam keadaan buruk disebabkan oleh pihak bank yang memegang bon negara-negara yang mempunyai hutang besar seperti Greece dan Portugal.

Para pelabur dilihat berpaut kepada apa yang mereka rasakan sebagai pelindung nilai berbanding turun naik pasaran saham dan mata wang.

Komoditi itu pernah didagangkan sekitar AS$900 (RM2,700) pada musim panas 2008 sebelum krisis kewangan berlaku pada tahun itu. – Agensi

Sumber: Utusan Online

Harga Emas: Naik Naik Naik

Featured-Images-ME-HargaEmas

 

 

 

 

Harga emas naik lagi. Apa yang patut kita buat sekarang? Just compare Harga Emas Public Gold di bawah bagi harga pada 28 September 2010 dan 3 Mei 2011.

Harga-Emas-PG-030511

Dalam masa 7 bulan, harga jualan 1 Dinar Emas PG naik dari RM 610.00 kepada RM 711.00 iaitu peningkatan sebanyak RM 101.00 atau 14%.

Begitu juga, harga  jualan 100g Gold Bar naik dari RM 14,624.00 kepada RM 17,055.00 iaitu peningkatan sebanyak RM 2,431.00, juga 14%.

Peningkatan 14 % dalam masa 7 bulan, macam mana pula dalam jangka masa setahun, 2 tahun, atau 10 tahun?

Kembali Lagi: The Key Of How To Be A Financially Freedom?

seminar kali - 2

 

 

 

 

Seminar Pelaburan, Perniagaan dan Kewangan oleh Pokli dan Pelabur Jutawan akan kembali lagi Mac 2011 nanti. Dengan tema The Key Of How To Be A Financially Freedom?, seminar kali kedua ini akan terus mendapat sambutan. Semoga seminar perkongsian ilmu ini memberi manfaat dan faedah bersama untuk kita sama-sama berjaya dan kaya dalam kehidupan dan perniagaan. Untuk berjaya dalam bisnes kita perlu ada Sistem, Mentor dan Ilmu, sama-samalah kita mencarinya.

Maklumat lanjut di:
http://www.pelaburjutawan.com/2011/02/seminar-pelabur-jutawan-pok-li-kali-ke.html

Berminat boleh hubungi admin@magnetemas.com .

Info Emas: Jongkong Emas PAMP Suisse (Bhg 1)

Featured-Images-ME-Pamp

 

 

 

 

PAMP merupakan salah sebuah syarikat yang terkemuka dunia dalam menulenkan logam berharga dan mengeluarkan produk-produk daripada logam-logam berharga seperti perak, emas, platinum dan paladium. PAMP yang berpangkalan di Switzerland mengeluarkan produk logam berharga dalam bentul Jongkong Kecil (Ingot), Pendants, Coins, Medal, icOn dan aksesori seperti FORS Talismans dan jam tangan.

PAMP ini adalah singkatan bagi Produits Artistiques Métaux Précieux yang bermaksud artistic, precious metals products.

Jongkong Emas (Ingot)

PAMP mengeluarkan produk jongkong emas yang bermotifkan mytholigical, historical, botanical dan yang paling terkenal, Lagenda Lady Fortuna. PAMP juga mengeluarkan jongkong emas bermotif bunga Rose dan juga Liberty.

Selain itu, PAMP juga mengeluarkan Jongkong Perak, Platinum dan Paladium yang juga bermotifkan Lagenda Lady Fortuna.

image image image
Motif Lady Fortuna Fortuna Gold Ingot Rose Gold Ingot
image image image
Liberty Gold Ingot Fortuna Silver Ingot Fortuna Platinum Ingot

Sumber: http://pamp.com/

Sesiapa yang berminat mengetahui dan mendalami ilmu emas, boleh hubungi admin@magnetemas.com

Berita Emas & Perak: Dinar dan Dirham Negeri Perak

Featured-Images-ME-Dinar-Dirham

 

 

 

 

Negeri Perak akan memperkenalkan Dinar Emas dan Dirham Perak pada penghujung bulan depan. Negeri Perak adalah Kerajaan Negeri kedua selepas Kelantan memperkenalkan Dinar Emas dan Dirham Perak untuk simpanan dan pelaburan.

image image
image image
image

Perak Perkenal Dinar Emas, Dirham Akhir Bulan Depan

IPOH, 25 Jan (Bernama) — Kerajaan Perak akan memperkenalkan mata wang dinar emas dan dirham pada akhir bulan depan bertujuan mempelbagaikan bentuk simpanan kewangan rakyat. Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, ICT, Sumber Manusia, Sains dan Teknologi negeri Datuk Mohamad Zahir Khalid berkata Perak sedang bekerjasama dengan Kuwait Finance House (KFH) untuk memperkenalkan dinar emas dan dirham kerana institusi kewangan itu berpengalaman luas dalam aspek pengendalian mata wang berkenaan.
"Apa yang pasti mata wang (dinar emas dan dirham) diperkenalkan Perak amat jauh berbeza dengan mata wang yang diperkenalkan Kelantan sebelum ini. Perbezaan itu akan dijelaskan oleh Menteri Besar (Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir) nanti," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat bersama pihak pengurusan tertinggi KFH di sini hari Selasa.
Segala perincian, mekanisme serta bentuk mata wang berkenaan akan diumumkan pada pelancaran itu nanti, kata Mohamad Zahir.
Dinar emas dan dirham itu akan dikeluarkan Goldnet International Sdn Bhd, anak syarikat Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) dengan kerjasama KFH (Malaysia) Sdn Bhd.
Pengerusi KFH Shaheen al Ghanem berharap hubungan yang terjalin termasuk dalam aspek nasihat kewangan serta sokongan dalam pengeluaran bantuan modal dengan kerajaan negeri dapat diteruskan pada masa depan.
"Kami juga sebenarnya dalam proses untuk melebarkan sayap perniagaan ke seluruh Malaysia dan sedang melihat kemungkinan mewujudkan cawangan di Ipoh pada masa terdekat kerana berpuas hati dengan inisiatif pembangunan yang ditunjukkan kerajaan negeri," katanya.
– BERNAMA

image

Perak perkenal dinar emas untuk simpanan, pelaburan

IPOH 26 Jan. – Dinar emas dan dirham perak yang akan dilancarkan oleh kerajaan negeri Perak pada penghujung bulan depan adalah dalam bentuk instrumen simpanan dan pelaburan dengan tujuan untuk memberi keuntungan kepada rakyat.

Pengerusi Goldnet International Sdn Bhd, Datuk Rais Hussin berkata, dinar emas dan dirham perak itu tidak akan digunakan sebagai mata wang seperti yang dilakukan oleh kerajaan negeri Kelantan sebelum ini.

"Goldnet International dan kerajaan negeri Perak akan mengambil peluang meneroka pengalaman luas Kuwait Finance House (KFH) yang sebelum ini telah menawarkan akaun emas di Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, dinar emas dan dirham perak itu akan dikeluarkan oleh Goldnet International Sdn Bhd yang merupakan sebuah syarikat usaha sama dengan Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP).

Emas: Fakta dan Nombor || Gold: Numbers and facts

Featured-Images-ME-Fakta-Nombor

 

 

 

 

Some of the more extraordinary statistics which gold has accumulated across the centuries and around the world.

79

79 protons The atomic number of gold, which means there are 79 protons in the nucleus of every atom of gold.

49

49ers The 40,000 miners who joined the California Gold Rush in 1849 were called “49ers”. Only a very few ever got rich.

50

50 miles One ounce of gold can be stretched to a length of 50 miles; the resulting wire would be just five microns wide.

7.2

7.2 Million – the number of times that all of the existing gold in the world, turned into 5 micron wire, could wrap around the planet.

9

9 metres square One ounce of pure gold could be hammered into a single sheet nine metres square.

1064

1064 degrees centigrade Gold melts at 1064 degrees centigrade.

2808

2808 degrees centigrade …And only boils at 2808 degrees centigrade.

165,000

165,000 tonnes This is the total number of tonnes of gold mined since the beginning of civilisation.

20

20 metres cubed … all of which would fit into a crate of 20 cubic metres..

90

90% Over 90 percent of the world’s gold has been mined since the California Gold Rush.

100

100 million million people worldwide depend on gold mining for their livelihood.

31.103

31.103 grammes The number of grams in a troy ounce of gold.

400

400 troy ounces The number of troy ounces in a “London Good Delivery Bar”.

200

200 gold coins Julius Caesar gave two hundred gold coins to each of his soldiers from the spoils of war in defeating Gaul.

4,600

4,600 tonnes Fort Knox holds 4,600 tonnes of gold.

6,200

6,200 bars And the US Federal Reserve holds 6,200.

37

37 degrees The temperature of the human body is 37 degrees centigrade. Because of gold’s unique conductivity, gold jewellery rapidly matches your body’s heat, becoming part of you.

1

1oz It is rarer to find a one ounce nugget of gold than a five carat diamond.

60

60% The percentage of gold mined today that becomes jewellery.

394

394% increase The % increase in the price of gold from Dec 2000 to October 2010.

750

750 parts per thousand The number of parts per thousand of pure gold in 18 carat gold.

95

95 BC In 95 BC, Chinese Emperor Hsiao Wu I minted gold commemorative piece to celebrate the sighting of a unicorn.

53

53cm The largest gold coin ever minted, a 2007 Canadian $1,000,000 Maple Leaf is 53cm in diameter.

1922

1922 Howard Carter made his famous “tiny breach of the top left hand corner of the doorway” to reveal the first glimpse of Tutankhamun’s tomb on 26 November 1922.

15,000

15,000 tonnes Even at only 10 parts of gold per quadrillion, the world’s oceans are estimated to hold up to 15,000 tonnes of gold.

2316

2316 troy ounces The largest ever true gold nugget weighted 2316 troy ounces when found at Moliagul in Australia in 1969. It was called the “Welcome Stranger”.

55

US$55 billion In November 2010, the SPDR Gold Shares (GLD) fund, a World Gold Council sponsored exchange traded fund, held over $55 billion assets under management.

60

60% World Gold Council members collectively represent around 60% of all corporate mining activity.

35

The number of times gold has reached a new high in 2010.

Source: www.gold.org

Peluang Bertemu Jutawan Emas

image.png

Dua orang Master Dealer PG merangkap Jutawan Emas bergabung berkongsi ilmu dengan anda semua dalam Seminar Pelaburan, Perniagaan dan Kewangan pada Februari 2011 ini.

Master Dealer Pokli (www.pokli.com) dan Pelabur Jutawan (www.pelaburjutawan.com) bergabung pada Februari ini untuk seminar berikut:

image

Tarikh : 19 Feb 2011 (Sabtu)
Tempat : Hotel Putra, Jln Tun Razak, KL
Masa Emas Anda: 8.30 pagi – 6.30 ptg

Peralatan Yang Perlu Di Bawa :
1- Laptop
2- Charger
3- Minyak Angin (Takut2 pening masa belajar analisis pasaran)
*Kemudahan plug dan wifi di sediakan

Tentatif Seminar :

8.30 am Pendaftaran peserta
9.00 am Teknik Pelaburan & Perniagaan I – Mohd Faizan Dasuki

Topik: Membentuk Minda Seorang Pelabur, Teknik Penggandaan Nilai Pelaburan, Investment Plan & Risk Management

11.00 am Minum Pagi
11.30 am Teknik Pelaburan & Perniagaan II – Mohd Fazli Ismail

Topik: Teknik Cashflow 101 (Robert Kiyosaki), Sistem Pengurusan Kewangan Pelaburan & Perniagaan, Pelan Sasaran Mencapai Kebebasan Kewangan

1.30 pm Makan Tengah Hari, Solat dan Rehat
2.30 pm Tutorial & Praktikal Teknik Menganalisis Pelaburan – Mohd Faizan Dasuki

Skop: Analisis Teknikal & Fundamental Pasaran Emas & Perak

5.30 pm Sesi Soal Jawab
6.00 pm Sesi Bergambar dan Minum Petang
6.30 pm Bersurai

Maklumat lanjut di :
http://www.pelaburjutawan.com/2011/01/seminar-pelaburan-oleh-pelaburjutawan.html

Berminat boleh hubungi admin@magnetemas.com.

Emas: Peluang Keemasan

dealerrecruitmentdriveii

 

 

 

 

Public Gold membuka peluang keemasan kepada anda semua untuk menjadi Agen Emas(PG Priority Dealer)

DEALER RECRUITMENT DRIVE II

Terms & Condition

  • Purchase of 2 pieces of 250gm Gold Bar, automatically will become PG Authorized Priority Dealer to enjoy the 1.5% sales commission.
  • This promotion is open for all PG Customer and Public Gold Authorized Dealer.
  • Promotion period: 16th January 2011 to 30th April 2011.
  • All transaction can be using Normal Payment Purchase or Easy Payment Purchase (Allowed for 6 months EPP payment method).
  • All sales purchase must be in single receipt.
  • Public Gold reserves the right at its absolute discretion to vary, delete or add to all or any of the Terms and Conditions herein from time to time and at any time without prior notice.

Please contact admin@magnetemas.com

1.1.11

Logo-ME

 

 

 

 

Selamat Tahun Baru 2011

Happy New Year 2011

From: